Pertandingan Mewarna sempena Bulan Kemerdekaan

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena cuti persekolahan yang sedang berlangsung, Pusat Internet PPR Seri Semarak telah mengadakan pertandingan mewarna bertemakan bulan kemerdekaan. Seramai 15 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pertandingan ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam bidang seni (mewarna), seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 yang akan datang. Aktiviti ini juga dalam mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti persekolahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali